Isnin, 20 Februari 2012

Benarkah Ayam Hutan Berpenunggu??



Kali ni saya nak cerita sal kisah 1 horror, base on real story...tak main la tipu-tipu nih..ape kelass der... hmm PERNAH TAK SEUMO HIDUP KORANG MAKAN AYAM HUTAN?? i mean daging dy laa.. haa kalau pernah tahniah anda adalah insan yang bertuah yew!!kalau tak pernah takpe, mungkin bukan rezeki anda...actually bukan senang nak dapat makan ayam nih, kalau dady,uncle or  sedara korang bukan jenis yang suka berburu atau menjerat binatang kat hutan memang tak da chance laa.. that why kadang2 orang sanggup bayar beratus-ratus sampi beribu semata-mata nak makan ayam hutan  nih . bagi sesiapa yang pernah makan daging ayam ni,pasti korang boley detect difference antara daging ayam hutan dengan daging ayam biasa.. biasanya daging ayam hutan ni lagi halus dan lembut..lagi sedap dan berkhasiat disebabkan ayam hutan makan benda-benda organik dalam hutan..tak macam ayam biase yang  asyik makan dedak yang ntah hapeh3, lame2 kita yang buntang mati sebab terlalu banyak  sangat makan cholestrol!!

gambar ayam hutan yang sudah dicabut bulu

Hmm memandangkan ayam hutan ni bukan sebarang ayam, maka nak menjeratnya memang bermacam-macam dugaan lah, silap langkah boleh membawa padah! Tapi sejauh mana kebenaran ayam hutan ni berpenunggu hanya ALLAH sahaja yang tahu.. tapi cerita misteri insan-insan yang mengalaminya meningalkan seribu tanda tanya. 

menurut pengalaman Mamat(bukan nama sebenar), memandangkan hobinya memang suka menjerat ayam, dia terpaksa meredah kawasan sejauh 10 km dari kawasan pekan Jementah untuk ke Hutan Ladang Welch  yang merupakan 'port' baekkkk untuk menjerat ayam. Tapi ramai yang tak tau kawasan hutan ini sememangnya 'keras", orang cakap kalau tak da ilmu di dada, lautan yang dalam jangan diduga.. kadang2 dy terpaksa overnight dalam hutan coz selalunya ayam hutan lebih aktif pada  waktu malam. Pengalaman terserempak dengan ular tedung atau segala kejadian pelik memang dah jadi lumrah. Pernah sekali tu dia sudah dapat aim seekor ayam hutan,time tu memang dah malam. tengah syok-syok aim ayam tiba-tiba datang satu suara "weyh,ayam!ayam!" diselangi dengan satu cahaya.. terkejut dengan sergahan tu, dia terus menyumpah seranah kerana disangkakan kawan dia kacau line.. Bila tersedar, hilang terus ayam hutan yang di aim tadi..then, bila nak balik dia tanya kawan dia,

"bodoh ar ko! yang ko kacau line tadi wat pe?""
"eh? bila mase plak aq gi kat tempat ko, aq dari tadi memang duduk kat sini.."
"huh?? ko biar benar abes tadi yang sergah aq tu sape??"
"ko kena sergah?? errr...err... dah2!! jom jangan lengah lagi jom kita balik!!"

haa tu baru satu cerita, belom lagi dengan cerita yang terserempak dengan harimau.. ini pengalaman abang ngah  saya sendiri, dia pon memang suke menjerat ayam, pernah satu hari tu..time dia asyik menyuluh ayam dalam hutan,tiba-tiba dia tersuluh satu kilauan mata yang sememangnya sedang memerhatikan dia.. time tu memang abang saya tak sedap hati, dan dia dah dapat agak ape benda alah yang sedang merenung dia uh.. Hmm jangan lengah! terus pecut motor balik rumah.. Pernah juga satu hari tuh.. abang saya tiba-tiba dapat demam sebab menjerat ayam hutan, makan tak nak ape sume tak nak..macam orang sawan pon ada jugak saya tengok..last2 bila diubat dengan atuk, baru ok.. Kata mak, abang terkena santau angin time menjerat ayam..

 Lagi 1 cerita misteri, pengalaman abang long saya ketika on da way dari rumah saya nak balik JB.. haaa jangan tak tau, orang bangla dengan vietnam pon memang tercari-cari daging ayam hutan tau!! Jadi dorang ni mintak tolong abang long saya carikan, yelaah abang saya pon tak sampai hati nak hampakan kawan tempat kerja dia tuh, lagi-lagi bila dorang cakap tak lama lagi dorang dah nak balik ke negara masing-masing. Cari punya cari last-last dapat.. tapi dah ciap cingcang laa dagingnya uh.. Bila nak balik, mak saya terus keluarkan daging uh dari frezer,bungkus plastik,terus masuk dalam beg galas abang saya. Ape taknya, menurut abang saya, sepanjang perjalanan tuh..tubuh badan dia bagaikan ditarik-tarik ke belakang, seyesly sangat kuat! kalau dia tak cengkam betol2 handle motor dia alamatnya memang tergolek dog laa.. naseb bek tak da pape.. mungkin da 'benda yang nak daging ayam hutan tuh' sebab  bau darah ayam hutan uh.. Bila abang saya beri kat bangla n vietnam tempat dia kerja uh, pergh memang happy sakan la dorang ciap pelawa abang saya makan sekali dengan dorang.. tapi tak terbuka lak selera abang saya uh..hahahaha
taji ayam hutan, kalau taji macam ini means that ayam uh ayam tua

Hmm bukan senang yew nak dapat ayam hutan, makin panjang taji dia lagi keras dugaannyanyew..so kalau dapat makan bersyukurlah..jangan nak complain bagai cakap sikit bebenar la,kecik laa hapeh la.. dah memang kecik ayamnye nak wat camne. agak-agak kalau dah dapat hint uh cepat-cepat la beredar,jangan tunggu lagi! bahaya!! same jugak la kalau binatang hutan yang lain-lain uh..kalau tak yew-yew haa tu yang jadinye cerita disangkakan kancil last-last tertembak kawan sendiri..


rendang ayam hutan---> hee dlm gmbar mmg ckit coz sume berebut nk makan!!

2 ulasan:

  1. kalau goreng sedap x daging ayam hutan?ke same je rasa ngn ayam beli kat pasar

    BalasPadam
    Balasan
    1. once again im so sorry for rply late.. X sesuai goreng la..coz daging dy liat..mak sy kalau nak masak dy akan rebus at least 3 jam dulu,then bru empuk..rse dy mmg x sme...isi dy lagi halus and x da lemak..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...