Sabtu, 7 April 2012

Kerana Nafsu Tergadai Maruah


REALITY MASAKINI

As-Salam

Hmmm tadi kan aku da tengok citer Nurin Najwa kat TV3..mule-mule time tengok iklan macam citer hantu! tetibe keluar budak merayap kan..dah tengok hmmm macam tuh al-kisahnyer. Haisy tetibe nak bagi award lak kat director Murali Abdullah.Tak silap aku lah kan dia ni seorang mualaf orang hindu convert Islam. Tapi aku memang respect gilew kat dia kalau buat story, memang banyak sangat pengajaran dan semua kisah-kisah dia about reality life! Amazing thoughts! Memang dia benar-benar dapat hidayah ALLAH S.W.T

So berbalik kepada kisah ni, aku memang tak nafikan curently melambak sangat kisah orang buang bayi,mayat bayi ditemui lah..bayi itulah..bayi inilah..haisy macam-macam! seingat aku time aku kecik-kecik dulu tak da lak selalu sangat dengar news macam ni, just lately jerk makin menjadi-jadi..hmm benarlah hadis rasullullah di mana pada akhir zaman nanti, anak luar nikah bagaikan suatu kebiasaan..dah tak ada dah halal dan haram..sume sama jer..eh tapi aku bukan nak kutuk lak anak luar nikah nih..dorang tu tak bersalah ok! yang bersalah uh mak bapak dorang! so jangan sesuke hati menghukum budak yang tak bersalah uh atas dosa yang dia tak pernah lakukan..dia un tak mintak kan nasib dia jadi macam uh..

ok kalau korang tengok awal-awal cter nih..Si Nurin( lakonan Sari Yanti) dia kena tangkap sebab dia membunuh bayi dia sendiri.. Si Irfan(Lakonan Zahiril) tu pulak kena tangkap sebab di dapati bersalah sebab bersubahat tanam bayi Nurin.. tapi kan beb,actually aku agak kesian kat mamat nih...hehehe yelaa tak masal jer kena penjara sebab tolong Si Nurin uh! Haiyooo..well I really  confess about Love is Blind..it totally complex and getting tough to describe on. Kerana cinta juga badan merana jiwa melara..alahaiii..

Irfan ni kire kawan sebaya dengan Nurin. Sebenarnya dia memang dah lame ada hati kat Nurin ni,ceh Love at first sight la kan..and Nurin pon suke kat dia..tapi dorang tak pernah luahkan perasaan dorang. Bagi aku maybe Irfan nih dia tak nak mulakan dulu sebab dia sedar diri dia siape.Dy takat budak kampung jer,anak banduan yang mati kat tali gantung sebab dadah pulak uh...Nurin tuh plak anak orang kaya..mana la padan kan.. last2 bile Tika(kawan sekampung Irfan.dia ni pon ada hati kat Irfan nih senanya) buat fitnah kat mak tiri Nurin(lakonan Bety Banafe) tu yang hubungan dorang terpisah terus.

Start daripada tuh, datanglah Cikgu Fikri( Lakonan Zamarul Hisyam) jadi private tutor Nurin dekat rumah. Pergh mula-mula kan aku un suspens jugak ingatkan cikgu dia nih yang jadi Pak Haruanyew..yelah tau-tau je lah kan Zamarul Hisyam kalau berlakon selalu pegang watak antagonis.. tapi bile aku stay sampai akhir baru tau citer yang sebenar. Aku pernah terbace kat paper dulu yang Zamarul Hisyam kalau boleh dia nak pegang watak yang baik-baik or yang memberi pengajaran bile umo dia dah masuk 40 tahun..So no wonder lah, he do it! Aku respect  sangat kat Cikgu Irfan nih coz dia sangat bertanggunjawab jaga anak murid dia bila parents tak ada dekat rumah TANPA MENGAMBIL KESEMPATAN SIKIT PUN

Si Nurin lak tak tentu hereh(ayat mak aku =,=') pantang nampak cikgu handsome ckit dah cair, baru kena puji cantik  sikit dah perasan.. nak digodanya pulak cikgu dia uh. Tapi bile dia meluahkan perasaan dekat cikgu uh dalam surat. then bila Cikgu Fikri explain perkara yang sebenar dia malu sendiri. Ini ayat Cikgu Fikri yang aku still ingat(maybe tak exactly sama macam ayat dia sebijik-sebijik,tapi maksud tetap sama);

'"dalam hidup ni memang tak salah untuk merasa bercinta dan dicintai'
'Ini memang naluri semulajadi,kalau ditahan makin lama makin bertambah kuat'
'tapi masalahnye, kena habiskan study dulu then baru bercinta,kalau tak semua entah kemana'
'tugas cikgu adalah mengajar kamu(anak murid) bukan bercinta dengan kamu(anak murid)
'ini memang dah jadi tanggunjawab cikgu,kamu dah salah faham ni(Nurin)"

ececeh..last2 time disoal siasat polis Nurin try to make a slander dekat Cikgu Fikri. Dia cakap cikgu tu la ayah kepada anak luar nikah dia uh, sebab aku rase maybe dia tak puas hati sebab cinta dia ditolak kot..that' why jadi macam tuh..Tapi kena tengking dengan polis sebab polis dah ada test DNA bayi and tahu hal yang sebenar. Time tu bawu lah dia terhegeh-hegeh cakap jujur..Naseb baik teknologi maju kan kalau tak kesian sangat orang yang tak bersalah tetiba disabitkan bersalah..Rupenye selama ini Nurin dah lama wat kerja terkutuk uh dengan pemandu dia sendiri sejak dia pindah KL..dia sendiri yang merelakan! what da hell meyh..So ayah kepada bayi dia uh En. Bakar  yang pakai spect muka bajet baek tuh. yang selalu disuruh buat itu ini dengan parents Nurin .rupenyew harapkan pagar,pagar makan padi!!

aku yang tengok pon emo gak, yelah ada ke patut macam uh..tak masal orang yang tak bersalah terkait sama.kalau tekena kat aku pon memang berangin lah jawabnye silap haribulan tak masal  je taekwando aku TERpraktis kat Nurin tuh kan...naseb baiklah ending story nih dia kahwin dengan Irfan and futher study kat oversea 5 tahun lepas keluar dari penjara..untunglah anak orang kaya tapi agak-agaklah kan, mentang-mentang engkau anak orang kaya, bapak kau loaded but it doesn't mean you could manipulate the other people just for your own sake! memang tak nafikan memang ada spesies manusia macam ni in reality, well duit boleh beli segalanya kan?kan?blah la..yurp hidup kalau tak da duit memang payah tapi kena ingat gak duit tak dibawa mati,yang dibawa masuk dalam liang lahad uh just amal jariah jer..so berpada-padalah..everything just a loan from ALLAH. 

 Lagi satu nasihat aku kepada semua perempuan di luar sana termasuk lah diri aku jugak kan, kita kena sentiasa menjaga maruah diri kita, yelah kita nih orang perempuan, sangat susah untuk dijaga,banyak sangat pantang larangnya. tapi tu semua untuk kebaikan kita. Kadang-kadang bila terjadi kes-kes macam ni,kita tak boleh nak salahkan satu pihak jew..actually dua-dua pihak turut bersalah bak kata orang kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang. Paling aku sedih,last-last perempuan jugak yang menangung akibatnya..orang lelaki culprit uh lepas tangan and lesap entah ke mana..habis madu sepah di buang..so,tinggal lah kita sensorang, dah la masa depan tergadai lepas tuh nak hadapi mulut-mulut orang sekeliling lagi and family kita pon  turut terkena tempias same.Haa bagi lelaki lak..lelaki yang baik tak akan pernah sentuh perempuan selagi perempuan tuh tak halal bagi dia. kalau dah gilew sangat islam suruh menikah. lagipon tugas lelaki untuk memimpin kaum perempuan yang lemah bukannya perosak kaum perempuan. Janji ALLAH lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Haa jangan takat pandai cakap je nak kahwin nak cari isteri yang perfect yang solehah bagaih,tapi diri sendiri ntah ape-ape..Adil ke macam tuh??



5 ulasan:

  1. fuhhh...semput baca n3 ni tapi best....x tengok la criter tu....

    BalasPadam
  2. hehe sorry la yunk..panjang coz sinopsis cter uh ditulis gak..haha xpe tonton.com ada bleh rewind balik.. tp mmg sgt berpengajaran cter uh..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. MAAF SGT2 coz LMBAT RPLY..anyway thank u sgt2 kerana sudi komen..lbih bersemngat!

      Padam
  4. Saya berlakon gak citer tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...