Selasa, 7 Ogos 2012

Maaf..tetapi kamu memang kejam!!


Salam

 Salam ramadhan kepada semua pembaca-pembaca blogku,sorry lah rasenya dah nak dekat raya kan,tapi baru nak wish..hee sorry but that's not too late i guess..usah dikau tanya kemana ku pergi sehingga blog ku ini terkapai-kapai sendirian..jawapanya tetap satu, aku buzy glew maut( ahaks buzy lah sangat =,=") hmm ntahlah aku just rase banyak benda lagi berpekdah dari tulis blog yang berjam-jam nak tulis ni-->bagi aku laa..

tapi hari ini,hatiku bagaikan ditarik-tarik,meronta-ronta,meraung-raung nak blogging (ayat x yah nak hiperbola sgat lah shawal!) sebab ada sesuatu yang aku mahu sampaikan...sesuatu yang menjadi pengajaran.. Hmm..Sejak akhir-akhir ni aku rasa  hostel aku bagaikan tidak selamat lagi,bagi ku ibarat pencabulan hak asasi manusia tiada privacy terutamanya penghuni perempuan seperti aku. 

Baru-baru ini,kami digemparkan dengan berita bahawa seorang student part atasan yang memakai topi maitenance  masuk dalam toilet perempuan dan merakam aksi seorang mangsa(perempuan)yang bagi kami terlalu sakai! yakni berak! terkejut..yurp memang terkejut kerana aku tak sangka jadi sebegitu. bagi aku,mostly yang berada di sini semuanya yang berpendidikan tinggi,masing-masing memiliki akal yang waras...bukan calang-calang orang...tetapi mengapa tergamak benar lelaki tersebut bertindak sedemikian rupa??

apa yang lebih menyedihkan lagi,kes ini terjadi dalam bulan ramadhan,bulan yang penuh keberkatan. Ustaz dan ustazah  time sekolah dulu selalu cakap pada bulan ni,semua syaitan telah diikat daripada menghasut anak-anak ADAM daripada melakukan kejahatan. Tetapi kali ni aku sangat pelik, siapakah syaitan yang sebenarnya?? bila terjadi perkara sebegini,aku tidak menafikan bahawa syaitan yang bertopengkan manusia itu jauh lebih dasyat dan kejam!!mungkin ALLAH nak bagi petunjuk kepada kami apabila perbuatan lelaki tercebut terkantoi pada hari jumaat..area  time solat jumaat juga..nauzubillah
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Bagiku ini bukan silap mangsa(perempuan) tersebut,yurp aku berani jamin..bagi aku ini memang silap lelaki tersebut! dia memang tak sepatutnya mengambil kesempatan!! dan aku dikhabarkan pula dengan kewujudan video tersebut,katanya memang wujud dan ayat "yurp kitaorang memang tengah tunggu video tu"sangat mengerunkan kami (penghuni-penghuni wing toilet berkenaan) kerana tidak mustahil juga kami turut menjadi mangsa lelaki desperate itu!! ada rakan-rakan berkata, mereka pernah terserempak dengan lelaki itu pada hari khamis sebelum terkantoi  pada hari jumaat..ini kes baru "terkantoi"..abes kalau tak terkantoi?? agaknya sampai hari ini pun dia masih bermaharajalela lagi..

aku sedih sangat,even bukan aku yang jadi mangsa tapi aku dapat rasa kalau aku ditempat magsa tersebut. bayangkan video kita b*&% k menjadi tontonan umum,x kisahlah asalkan yang melibatkan privacy..of course kita tak rela kan?? itu soal maruah dan kehormatan..tegarkah kita melihat maruah diri kita dipijak-pijak sedemikian rupa... pernahkan anda terpikir kalau suatu masa nanti kalau anda melihat isteri,anak perempuan,mak dan seangkatan dengannya dirakam sedemikian rupa?? ape yang anda rasa??

sekarang teknologi semakin canggih ,dalam beberapa saat sahaja benda yang sekecil kuman pon boleh tersebar satu dunia hanya melalui internet.inikan pula hal yang sebesar gajah?? sungguh..kamu tersangat kejam wahai pesalah(lelaki tersebut dan sesiapa yang pernah melakukan perkara sebegini).. bagi aku,mangsa kes ini adalah seorang insan yang baik,dia bukan jenis minah gonjeng2 yang gedix birah bagai! bukan! jauh sekali...dia seorang yang pandai dalam pelajaran..tak terlalu pendiam dan tak terlalu kepoh sangat..biase-biase sahaja...still menutup aurat dan beragama..jadi bagi aku tersangatlah tidak adil bila dia diperlakukan sedemikian rupa..lebih-lebih lagi apabila tiada keadilan untuk dia,sesetengah pihak ibarat membela si pesalah itu..SANGAT TAK ADIL!!l

Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
Muslim itu saudara(nya) muslim. Ia tidak boleh mendzholiminya dan tidak boleh menyerahkannya ke tangan musuh. Barangsiapa yang berkenan memenuhi hajat kebutuhan saudaranya, maka Allah pasti memenuhi hajatnya. Barangsiapa melepaskan suatu kesulitan muslim, maka Allah akan melepaskan darinya salah satu kesulitannya pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya pada hari kiamat.
Jadi,sebagai seorang saudara sesama islam,aku rasa terpanggil untuk menyeru kepada pesalah tersebut dan kepada sesiapa yang pernah melakukan perbuatan terkutuk ini supaya menutup aib atau menghilangkan segala keaiban orang yang menjadi mangsa-mangsa kalian. bukankah jauh lebih elok? daripada ALLAH membuka aibmu dihadapan selautan manusia yang sejak berkurun lamanya di akhirat kelak?? hidup kita tak selamanya menongkat langit,tidak ada kebatilan yang memisahkan kita dengan kematian..akhirat itu pasti cuma kita sering alpha dan sering menafikannya.. jika ALLAH takdirkan mangsa tersebut adalah jodoh kamu suatu masa nanti? tegarkah kamu melihat orang yang kamu cintai diperlakukan sedemikian rupa? tapi jika tidak sekalipun..sanggupkah kalian merperjudikan maruah saudara seagamamu sendiri yakni saudara sesama islam hanya kerana turutan nafsu jahilmu???


“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu lerhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” – Surah al Maidah:8

Justeru,mengertilah..aku yakin jahat macam mana sekalipun kamu,namun jauh disudut hati kecilmu tetap terselit kebaikan,jangan tipu..tanyalah hati kamu sendiri.. Relakah kamu melihat seorang yang ceria menjadi pemurung dan menangis saban waktu? kamu pikir kamu bahagia?kamu puas memperlakukan orang sebegitu??TIDAK SESEKALI!TIDAK! kerana kami sentiasa mendoakan orang seperti kamu tak akan bahagia sampai bila-bila kerana kamu pemusnah hidup orang!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...