Khamis, 26 Februari 2015

RECIPE: MACARONI CHEESE BAKED MUDAH & SEDAP

                                                            Assalamualaikum..

Hello bertemu kita lagi  dalam entry Shawal Arabella..tapi kali ini i'olls nak masak-masak pulak.. asyik promote product  je kan..boringg.....kalau boleh i'oulls  nak blog ni universal..semua ada..produk kecantikan, resepi, citer mistik..kerohanian...education.. travel....semuaa lahh kalau boleh..actually banyak benda nak share,,tapi tu laa kalau malas nak type tak boleh wat ape lahh..last-last  terperap jadi draft.. ahaha who knows one fine day kalian boleh tengok saya masak ala-ala martha steward or rachel ray tuh dekat youtube? tak pon macam ala-ala 5 rennchahh 5 raaasee  tv3 (slang omputehh ciket) yang suka baling-baling sayur tuh! wakakaka maybe laa one fine day in future..

okay ini dah second time saya buat makaroni baked..yang first macam tak jadi sangat tak pejal and cair...yang second ni saya rasa jadi ciket sebab dia pejal..macam mula-mula saya makan hasil air tangan auntie rosnani( mak kepada kawan saya, syue). okay resepi ni olahan citarasa saya selepas saya tengok satu video dekat youtube..laura ape ntahh nama chef tuh..dia guna 3 jenis cheese..shredded cheddar,shredded mozarella and parmegano (cheese powder)..dia tak guna telur tau..memang fully cheese..semangkuk..semangkuk..omputih cheese murah no wonder lah..kalau saya nak guna semangkuk-semangkuk..pokai terus..1 pack kecik shredded cheddar uh around rm 15..baru satu  nakk..kalau nak semangkuk dah berapa total??

 ini videonya..tapi saya dah alter ciket ya resepi ni..not exactly 100% macam resepi dia... MAC CHEESE



BAHAN-BAHAN;

  1.  200g Makaroni (saya guna brand San Remo saya guna separuh daripada pack tuh..bukan semua)
  2. Suku kecil Butter ( untuk menumis)
  3. 1 buku Minced  Chicken/Beef ( Brand Ramly  selalu ada dua buku.. guna sebuku dah cukup* kalau guna minced beef make sure rebus dulu bagi buang lemak kalau tak high colestrol hidangan anda..air stock jangan terus buang.. simpan dalam peti ais..boleh guna masak mee hailam pulak ecehh :-) 
  4. Sosej (tak kisah brand apa, potong kecik bulat-bulat)
  5. 1 tin Prego Pasta Sauce ( saya guna Cheese & Herbs (tin kuning) sebab suka makan yang ni.. tapi terpulang nak guna carbonara or tomato pon boleh juga )
  6. 1 litre Susu Ducth Lady ( tak kisah full cream atau low fat atau fresh milk..janji susu putih)
  7. Cendawan butang ( slice kan ya halus2)
  8. 4 biji telur size A 
  9.  Mozarella Cheese (keju yang dah ciap parut tak kisah brand apa)
  10. Cheddar Cheese (keju yang dah ciap parut tak kisah brand apa)
  11. Parmegano @Parmesan (kebiasaannya keju ni dah ciap pack..tapi dia macam serbuk bukan parutan kasar tak kisah brand apa) 
  12.  Breadcrumb  (Untuk tabur atas makaroni..bila tabur topping makaroni baked kita  jadi crispy ciket )
  13. 2 packet Perencah Maggi Kari ( kalau letak ni lagi sedap rasa kalau tak macam rasa tawar..tak tahu lah.. saya melayu+jawa memang  lidah dah terbiasa spicy spices taste nih ahahaha)
  14. Daun Bay (Tapi saya guna daun sup+daun bawang je sebab dah ada dalam peti ais.wakaka..jangan lupa cincang halus)
  15. Agak-agak tawar letak Garam ciket..
  16. Essence Vanila
*semua bahan-bahan boleh dibeli di supermarket..mini market 3 jenis cheese ni tak ada rasanya..kalau ada pon dia jual cheese keping je..

mintak maaf sangat-sangat..time saya masak saya tak sempat nak capture gambar  bahan-bahan semua.. ni cheese yang saya guna sekadar rujukan untuk kalian.. parmesan tuh paling sedap saya rasa kalau nak makan mentah..


CARA-CARA MASAK:

  1. Rebus makaroni dalam 10 minit (jangan lama-lama nanti benyek tak sedap!)
  2. Panaskan kuali, cairkan butter..macam saya saya tambah bawang putih+black pepper yang ditumbuk lumat+ 2 packet perencah maggi kari.....saya tumis dengan butter dulu sampai naik bau.. then baru saya masukkan Prego Pasta Sauce 1 tin tuh..
  3. Next, masukkan minced beef@chicken..masak dengan prego pasta sauce sampai kecut and nampak daging tuh  berketul-ketul (*penting ya jangan main campak je semua dalam kuali)
  4. Bila daging dah berketul-ketul.. baru, masukkan sosej + mushroom yang telah dipotong
  5. Then masukkan susu dutch lady 500 ml atau separuh daripada kotak..kacau sampai mengelegak
  6. Bila dah mengelegak and tekture kuah jadi pekat masukkan makaroni yang dah ciap rebus tadi
  7. Masukkan campuran 3 cheese ( mozarella + cheddar + parmesan@parmegano..campur ketiga-tiga cheese ni dalam 1 mangkuk kecil terlebih dahulu then baru masukkan dalam makaroni anda)
  8. Gaul rata masukkan daun bay@daun sup ( haa kali ini anda boleh nampak tekture cheese jadi likat boleh tarik-tarik ... ala-ala pizza hut tuh)
  9. Tutup api..then biarkan seketika
  10. Now, pecahkan 4 biji telur dalam bekas lain..kalau makaroni banyak 5 biji telur ya..then campurkan susu ducth lady yang berbaki lagi 500ml tadi.. (makesure nisbah 50:50..jangan terlebih susu nanti cair.. terlebih telur sangat pon  tak bagus...high colestrol + takut hanyir) .Masukkan essence vanila (function nak kurangkan bau hanyir telur tuh) pukul telur+susu+essence vanila sampai kembang..
  11. Amek loyang@bekas tak kisah pape janji boleh masuk oven...laser dengan butter atau lapik dengan aluminium foil supaya tak melekat adunan anda bila dah bakar nanti..
  12. *MESTI TUANG DULU ADUNAN TELUR+SUSU yang dah siap dipukul tadi dalam dulang terlebih dahulu..BUKAN LETAK MAKARONI..sebab kalau letak makaroni..adunan anda tak jadi pejal..telur tadi tak fully gushes sampai based..so bila potong makaroni  akan berterabur..
  13. Tuang telur sampai suku dulang atau separuh bekas jaa..then baru masukkan makaroni yang dah ciap masak tadi..ratakan..makesure makaroni mesti terendam dalam adunan telur tadi..sama paras lah senang cakap..
  14. Untuk topping..taburkan cheese parut (cheddar+mozarella+parmesan) suka hati lah nak letak banyak mana janji cover penuh topping makaroni anda
  15. Last sekali jangan lupa tabur breadcrumb bagi golden-golden crispy ciket bila  dah dibakar..
  16. Done! bakar dalam oven suhu 200 darjah celcius selama 30 minit..agak-agak lah... depends oven anda..jangan sampai hangus atau tak masak pulak adunan makaroni cheese anda okay.. :-)
               hasilnya...tadaaaaaaaaaaaaa...

loyang  yang pertama..saya dapat buat untuk 2 loyang



bila kita guna breadcrumb topping atas bila baked warna jadi cantik and lebih rangup...


nampak tak tekturenya pejal..before this saya buat makaroni nye berderai..tak solid macam ni

adunan loyang ke dua..nampak tak bila kita potong..cantik je dia kuar..tak ada cair ke apa...
sorry saya tak reti shot gambar cantik cikett..tangkap muat je..huaaa yang penting janji ada gambar..ye tak...okaylah selamat mencuba kalian..makaroni cheese baked ni memang sedap makan panas-panas dengan sos chili atau mayonis.. memangg terangkat habess...siapa yang  cheese lover memang suka....sekali sekala makan okay laa..hari-hari hmm boleh high colestrol or kena sakit jantung..lagi pon kos tinggi..nak beli cheese pon bukan murah-murah semuanya...kena pulak pakai 3 jenis cheese kan.. ahahaha oh ya saya tak kisah kalau anda nak share atau cuba resepi saya..saya halalkan ilmu saya dunia akhirat =)) ilmu kita share sama-sama.

#masaklah dengan seikhlas hati dan jangan lupa selawat banyak-banyak..inshallah walau apa pon anda masak pasti sedap
#sekali sekala masak sendiri dirumah apa salahnya save budget
#air tangan sendiri lagi bermakna daripada air tangan bangla@vietnamese tau..lols

thanks you for readings peeps! ada masa nanti kalau saya rajin.. saya update resepi lain pulak..jangan lupa untuk mencuba okay..




4 ulasan:

  1. Nampak sedap..hehe

    Anyway, saya mencari insan yang serius dalam biz kesihatan dan kecantikan..
    jika berminat hubungi saya ye, whatsapp 0199893277

    BalasPadam
  2. Nampak mcm sedap..terima kasih shawal arabella, definitely will try this out! ;-)

    BalasPadam
  3. Nampak sedap, terima kasih shawal arabella, will definitely try this out! :-)

    BalasPadam
  4. Sedap kak. Sy yg noob pon boleh buat. 1 pack dpt la 2 loyang.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...